Monday, June 18, 2012

mataku


Mata
Menyingkap kisah dunia ,
Menghurai noda dan dusta,
Menyimpul benci dan setia,
Telus terlukis di kanta.

Kita manusia
Punya perasaan  walau permainan,
Menangislah bila harus menangis,
Kerana air mata milik semua,
Kerana kita tak mampu berpura
Hanya kerana setitis air mata .

Huraikan semua dengan mata
Biarkan kita melirik kisah
Dan lagukan ia dengan setia
Mata yang penuh tanda cerita.

1 comment: