Hati agar lebih mngerti aku perlu reda dan menerima. Jangan
mudah mengalah hanya dengan perkara sebegini anggaplah semua ini adalah
petunjuk Allah. Tidak membiarkan aku terus kabur dan buta dalam mengenal siapa
diri mereka. Jangan bersedih dan ingatlah bahawa hikmat sabar banyak
kelebihannya. Biarlah setiap sendu ini aku simpan hanya didalam hati dan agar
tiada insan yang mengerti, hanya yang mahu mengerti adalah insan yang sudi.
Tidak perlu aku mengharapkan kalian mengerti bahkan lagi untuk aku melutut
menagih simpati agar diri dikasihani. Untuk apa persis insan seperti itu. Aku
reda segalanya. Aku benar- benar bersyukur andai semua ini telah engkau
hadirkan dalam hidupku, mungkin segala ini adalah petunjukMu. Dalam meniti hari
yang mendatang aku perlu berhati-hati, untuk siapa dan kenapa perlu aku
yakinkan buat kalian yang tidak mengenal
diriku. Memang aku masih ingat kata pujangga bahawa untuk mangharap orang lain
mengenali diri kita seharusya kita mengenal orang tersebut, namun bagiku
segala-galanya perlu adil dan saksama. Usah dihadirkan keikhlasan pada mereka
yang tidak menghargai dan mengerti. Sudah termaktub dalam hidupku bahawa apa
yang ku harapkan tidak akan hadir(kasih sayang).. aku tahu, setiap keringat
lelah ada balasannya. Aku tabah sebenarnya, aku percaya kepada diri aku bahawa
semua ini tidak akan menghambat rasa aku untuk berjuang namun ingatlah bahawa
perjuangan aku bukan untuk meyakin kan kalian namun untuk mengusir segala
kedukaan aku, untuk aku lebih mengenal siapa diri aku, agar aku tidak kembali
lagi bertemu dengan insan seperti kalian.....
Biarlah.. aku bahagia andai kalian melayan aku sebegini..
how to be brave? I can do it.. it fun!!!. Hari ini aku bangun dengan kehampaan,
kesedihan terus menjalar di hatiku. Walau setiap kali aku menafikan kewujudan
perasaan ini namun aku tetap bersedih. Kehampaan ini terus menyelinap terus ke
tulang hitam. Andai aku dapat putarkan masa ini, mahu aku terus bergerak maju
kehadapan tanpa bayangan kalian. Untuk masa akan datang aku akan ingat setiap
janjiku, setiap kesedihan ku, agar aku tidak mudah berpaling dari
janji-janjiku. Dimedan perang ini aku bertempur dengan kalian, dan kalian
memenangi. Aku tewas....
No comments:
Post a Comment