Monday, June 18, 2012

mataku


Mata
Menyingkap kisah dunia ,
Menghurai noda dan dusta,
Menyimpul benci dan setia,
Telus terlukis di kanta.

Kita manusia
Punya perasaan  walau permainan,
Menangislah bila harus menangis,
Kerana air mata milik semua,
Kerana kita tak mampu berpura
Hanya kerana setitis air mata .

Huraikan semua dengan mata
Biarkan kita melirik kisah
Dan lagukan ia dengan setia
Mata yang penuh tanda cerita.

Saturday, June 16, 2012

keangkuhan hati


Hati agar lebih mngerti aku perlu reda dan menerima. Jangan mudah mengalah hanya dengan perkara sebegini anggaplah semua ini adalah petunjuk Allah. Tidak membiarkan aku terus kabur dan buta dalam mengenal siapa diri mereka. Jangan bersedih dan ingatlah bahawa hikmat sabar banyak kelebihannya. Biarlah setiap sendu ini aku simpan hanya didalam hati dan agar tiada insan yang mengerti, hanya yang mahu mengerti adalah insan yang sudi. Tidak perlu aku mengharapkan kalian mengerti bahkan lagi untuk aku melutut menagih simpati agar diri dikasihani. Untuk apa persis insan seperti itu. Aku reda segalanya. Aku benar- benar bersyukur andai semua ini telah engkau hadirkan dalam hidupku, mungkin segala ini adalah petunjukMu. Dalam meniti hari yang mendatang aku perlu berhati-hati, untuk siapa dan kenapa perlu aku yakinkan buat  kalian yang tidak mengenal diriku. Memang aku masih ingat kata pujangga bahawa untuk mangharap orang lain mengenali diri kita seharusya kita mengenal orang tersebut, namun bagiku segala-galanya perlu adil dan saksama. Usah dihadirkan keikhlasan pada mereka yang tidak menghargai dan mengerti. Sudah termaktub dalam hidupku bahawa apa yang ku harapkan tidak akan hadir(kasih sayang).. aku tahu, setiap keringat lelah ada balasannya. Aku tabah sebenarnya, aku percaya kepada diri aku bahawa semua ini tidak akan menghambat rasa aku untuk berjuang namun ingatlah bahawa perjuangan aku bukan untuk meyakin kan kalian namun untuk mengusir segala kedukaan aku, untuk aku lebih mengenal siapa diri aku, agar aku tidak kembali lagi bertemu dengan insan seperti kalian.....
Biarlah.. aku bahagia andai kalian melayan aku sebegini.. how to be brave? I can do it.. it fun!!!. Hari ini aku bangun dengan kehampaan, kesedihan terus menjalar di hatiku. Walau setiap kali aku menafikan kewujudan perasaan ini namun aku tetap bersedih. Kehampaan ini terus menyelinap terus ke tulang hitam. Andai aku dapat putarkan masa ini, mahu aku terus bergerak maju kehadapan tanpa bayangan kalian. Untuk masa akan datang aku akan ingat setiap janjiku, setiap kesedihan ku, agar aku tidak mudah berpaling dari janji-janjiku. Dimedan perang ini aku bertempur dengan kalian, dan kalian memenangi. Aku tewas.... 

sejernih lazuardi


:Mujahidah Bidadari Syurga:.~

Bicara Hati Mujahidah Itu..
Rahsia cintanyA
Hanya Tuhan yang tahu
Kepada-Nya berdoa selalu
Hingga dikatakan jual mahal
Melukainya meresahkan kesal
Sedangkan api cinta marak bahangnya
Pada Allah tersimpan rahsianya
Di luaran dia tenang
Di hati iman ditentang
Antara dua cinta yang saling berebut
Cinta Allah selalu mengunggul
Hari demi hari masa berlalu
Kepada nafsu dipesan selalu 
Dikatakan orang diam saja
Sedangkan dia masih remaja
Kata orang mengapa tak punya rasa
Sedangkan dia tetap ceria
Kata orang mengapa dia bahagia 
Sedangkan dia tak punya cinta
Kata orang mengapa mantap hatinya
Tapi tiada rijal penguatnya

Rabiatul Adawiyah itulah idolanya
Sumayyah itulah obornya
Khawlah itulah kecemburuannya
‘Atikah itulah kekagumannya
Nusaybah itulah pahlawannya
Fatimah itulah teladannya
Aishah itulah buktinya
Khadijah itulah kebanggaannya

Ya! Ingin jadi Wanita Solehah!
Itu mimpinya di malam hari
Itu angannya di siang hari
Itu bicaranya sehari-hari
Menjadi isteri sentiasa berbakti
Kepada suami bakal berbudi
Pilihan Allah akan terbukti
Ia janji yang sudah pasti!

Ya, Gadis itu!
Tidak takut kehilangan cinta
Biar pelbagai ujian melanda
Lelaki itu perlukan masa
Buat keputusan terbaik
Pilihan terbaik
Calon ibu buat zuriatnya!
Penyeri dunia itulah temannya!
Di Syurga itulah bidadarinya!
Membuat lelaki segan dengannya
Menyedar mereka memainkan peranan
Bahawa wanita bukan mainan
Tetapi mutiara itulah nilaian
Ya, mujahidah itu..
menghitung diri
memuhasabah langkahnya
katanya dia, masih banyak kurangnya!

Mujahidah itu..
Hanya menggeleng..
Tatkala datangnya lelaki menggoda
Hanya bisu berdiam saja
Sentiasa mantap bicara imannya 
Tunduk saja itu pandangannya..
Rijal kekasih Allah itulah harapannya!
Pejuang agama itulah pembimbingnya!
Redha ibubapa itulah pilihannya!

Bukan dia tidak punya hati
Tetapi hatinya sudah kelat
Tatkala ummat Muhammad disiat
Hatinya calar-balar
Tatkala jasad saudaranya dikelar
Hati itu ditumbuk lumat
Tatkala kemaluan adik seakidah disumbat-sumbat
Dirogol, dibunuh tanpa ihsan
Mana hati itu tak terkesan
Tak punya masa berkasih-kasihan
Sedangkan runtuhnya moral sudah berzaman
Menjulang Islam bukannya berangan

Mujahidah itu..
Membara semangatnya mantap ukhuwahnya
Bersinar wajahnya terang hatinya..
Pada insan mantap bicaranya
Kepada Allah mengadu hinanya
Di sisi malaikat didoakan bahagia
Tidak dia rasa kekurangan

Sedangkan cukup adanya Tuhan
Tidak dia sepi sendirian
Sedangkan sentiasa bertemankan Tuhan

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar dibezakan
Dialah wanita harapan Tuhan
Kebanggaan umat zaman berzaman
Menjadi gadis sudah fitrahnya
Menjadi pilihan bukan pintanya 
Sebagai penyeri itulah hakikatnya
Menjadi khalifah itulah tugasnya

Membuat silap bukan sekali
Namun mengalah tidak sekali
Menjadi seorang mukminat sejati
Itulah usahanya tiap hari

Mujahidahku..
Tetaplah dirimu teguh di medan


Menjadi bidadari sudah impian
Tetap menjejak penuh harapan
Cinta Allah dalam keredhaan
Moga beroleh Syurga idaman
Aamiin.

...



-